NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, May 16, 2010

Sharing Is Caring

Nikmat berkongsi suka dan duka sesama insan mencerminkan jalinan silaturrahim yang kukuh sesama kita. 


Sempena Sambutan Hari Guru 2010 yang dijadualkan pada hari Isnin 17 Mei 2010 ini, sudilah sekiranya mana-mana guru dan kakitangan SKUJ serta ibubapa menyumbangkan sedikit juadah pencuci mulut sekadar berkongsi kegembiraan sambutan tersebut. Lagi banyak lagi meriah...

Saturday, May 15, 2010

15,000 Dijangka Meriahkan Sambutan Hari Guru

Berita harian Online: 14 Mei 2010
KUANTAN: Lebih 15,000 dijangka hadir memeriahkan pelbagai program bersempena sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa - Terima Kasih Cikgu’ selama empat hari bermula semalam.

Cadangan Lantik Guru Bimbingan & Kaunseling Kerjaya Sepenuh Masa

Apa pendapat Cikgu Nik Mohd Romdzan kita????

Berita Harian Online: 14 Mei 2010

PERKHIDMATAN bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah satu elemen terpenting dalam menyokong keberkesanan sistem perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Pada peringkat sekolah rendah, guru bimbingan dan kaunseling dipertanggungjawabkan secara terus dalam membangunkan sahsiah dan memperkembangkan potensi individu murid ke tahap yang membanggakan.

Friday, May 14, 2010

Kajian Beban Guru Siap Dalam Seminggu

Harap-harap kajian tersebut memberikan sinar dan berita gembira buat warga guru semua...!!!

Utusan Malaysia Online: 13 Mei 2010


PUTRAJAYA 12 Mei – Laporan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban guru di seluruh negara akan siap dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa seminggu lagi.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penyerahan laporan tersebut dapat dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai kajian beban guru kini di peringkat akhir.


Wednesday, May 12, 2010

Insentif Baru Guru bakal Diumum;TPM

Berita Harian Online: 11 Mei

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan, pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.

Pemantauan Pentadbiran & Kewangan Sekolah

Rabu (12 Mei 2010) : SKUJ telah menerima lawatan Penolong Pegawai Pendidikan  Daerah Maran (Rendah) En. Abidin bin Manan untuk PEMANTAUAN PENGURUSAN SEKOLAH DAN KEWANGAN sekolah rendah. Pemantauan berkisar kepada fail-fail rasmi sekolah, urusan pentadbiran dan kewangan sekolah. 

Tuesday, May 11, 2010

Guru 'stapler' Telinga Pelajar???

Biar betul...!!!??? 

Kejadian berlaku di sebuah sekolah di Sibu Sarawak. Kejadian ini telah berlaku pada 27 April 2010 (Selasa) dimana pada masa tersebut Cikgu yang terlibat sedang mengawasi kelas tahun lima yang sedang menjalani ujian bulanan Bahasa Melayu. Semasa ujian ini berjalan, pelajar tersebut membuat bising dan bercakap dengan rakan-rakan serta menganggu. Pelajar telah beberapa kali diberi amaran tetapi masih juga bercakap dan enggan mendengar teguran. Cikgu seterusnya cuba mengacah-acah pelajar tersebut dengan menggunakan stapler. Dalam masa yang sama pelajar tersebut cuba mengelak, tetapi stapler tersebut terkena juga telinganya. Kejadian tidak disedari kerana pelajar tidak mengadu sakit telinga. Pelajar tersebut masih bermain dengan rakan-rakannya seperti biasa sehingga waktu kelas berakhir.
 
Pada sebelah petang bapa bersama pelajar datang ke sekolah untuk mencari guru tersebut dan barulah guru tersebut tau yang dawai kokot terkena telinga pelajar tersebut tetapi dawai kokot terkena sebelah sahaja dan tidak menembusi telinga pelajar tersebut. Guru itu sendiri yang menanggalkan dawai kokot di telinga pelajar dan seterusnya meminta maaf kepada ibu bapa pelajar tersebut.

Apa Nak Jadi!!!

Orang Solat Jumaat, mereka bergaduh...


KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Sentul yang ‘bertempur’ ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat baru-baru ini, hingga menyebabkan lebih lima pelajar cedera.

Sunday, May 9, 2010

Bersyukurlah Dapat Jadi Guru...

Luahan seorang yang menggelarkan dirinya PENOREH GETAH berkaitan isu rungutan dan keluhan segilitir daripada warga guru...


Utusan Malaysia Online: 8 Mei 2010

SEJAK kebelakangan ini, banyak sungguh rungutan daripada mereka yang bergelar guru. Ada sahaja yang tidak puas hati terhadap apa yang dinikmati sekarang. Bermula dengan isu guru penat mengajar, guru teraniaya, guru tersiksa mengajar di kawasan pedalaman dan entah apa-apa lagi, setiap rungutan dipaparkan bagi meraih simpati kerajaan dan orang ramai.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Guru!!!


Foto dipetik daripada Laman Web Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS)

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010 UNTUK SEMUA WARGA SKUJ!!!

15,500 Guru Selesai Jalani Kursus LINUS

Bantu kanak-kanak lembap kuasai kemahiran 3M

KUALA LUMPUR: Seramai 15,500 guru pemulihan yang akan mengendalikan Program Literasi dan Numerasi (Linus) selesai menjalani kursus untuk membantu murid Tahun Satu yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Wednesday, May 5, 2010

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 2010


Maklumat seminar seperti berikut:-

Tarikh: 19-22 Julai 2010
Tempat: Institut Aminuddin Baki
Tema; Kepimpinan Berprestasi Tinggi
Tarikh Tutup Permohonan (Peserta) : 24 Mei 2010
Tarikh Tutup Penghantaran Kertas Kerja (Pembentang) : 3 Jun 2010



Untuk maklumat lanjut, layari Institut Aminuddin Baki/laman seminar

Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010

Berikut sedikit ringkasan laporan berkaitan dengan Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010 yang berlangsung pada 26-28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Institut Aminuddin Baki. Tema konvensyen tahun ini adalah "PIBG Peneraju Masyarakat Madani".

Objektif Konvensyen:
  • Mewujudkan satu forum bagi menyelaraskan kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah