NEW URL ADDRESS STARTING 1 AUGUST 2013 http://eduakses.blogspot.com

ENTRI TERKINI

Sunday, May 9, 2010

Bersyukurlah Dapat Jadi Guru...

Luahan seorang yang menggelarkan dirinya PENOREH GETAH berkaitan isu rungutan dan keluhan segilitir daripada warga guru...


Utusan Malaysia Online: 8 Mei 2010

SEJAK kebelakangan ini, banyak sungguh rungutan daripada mereka yang bergelar guru. Ada sahaja yang tidak puas hati terhadap apa yang dinikmati sekarang. Bermula dengan isu guru penat mengajar, guru teraniaya, guru tersiksa mengajar di kawasan pedalaman dan entah apa-apa lagi, setiap rungutan dipaparkan bagi meraih simpati kerajaan dan orang ramai.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Guru!!!


Foto dipetik daripada Laman Web Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS)

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2010 UNTUK SEMUA WARGA SKUJ!!!

15,500 Guru Selesai Jalani Kursus LINUS

Bantu kanak-kanak lembap kuasai kemahiran 3M

KUALA LUMPUR: Seramai 15,500 guru pemulihan yang akan mengendalikan Program Literasi dan Numerasi (Linus) selesai menjalani kursus untuk membantu murid Tahun Satu yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Wednesday, May 5, 2010

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 2010


Maklumat seminar seperti berikut:-

Tarikh: 19-22 Julai 2010
Tempat: Institut Aminuddin Baki
Tema; Kepimpinan Berprestasi Tinggi
Tarikh Tutup Permohonan (Peserta) : 24 Mei 2010
Tarikh Tutup Penghantaran Kertas Kerja (Pembentang) : 3 Jun 2010



Untuk maklumat lanjut, layari Institut Aminuddin Baki/laman seminar

Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010

Berikut sedikit ringkasan laporan berkaitan dengan Konvensyen PIBG Kebangsaan 2010 yang berlangsung pada 26-28 Mac 2010 yang lalu bertempat di Institut Aminuddin Baki. Tema konvensyen tahun ini adalah "PIBG Peneraju Masyarakat Madani".

Objektif Konvensyen:
  • Mewujudkan satu forum bagi menyelaraskan kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah

Tuesday, May 4, 2010

Kes H1N1 di sekolah Pahang

2 buah  lagi sekolah di negeri Pahang mempunyai tanda-tanda jangkitan H1N1 seperti yang dilaporkan pada 4 Mei 2010 (jam 8 pagi):-

  1. SM Sains Sultan Ahmad Shah Kuantan - 9 orang masih menunggu keputusan sampel positif H1N1
  2. SMK Tekek, Rompin - 5 orang masih menunggu keputusan sampel positif H1N1
Tiada kes jangkitan dilaporkan di sekolah rendah setakat ahri ini.

-AMALKAN CARA HIDUP SIHAT-

Sekolah Bebas Dadah?


TERKEDU! Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu reaksi awal Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, mengulas mengenai kegiatan seorang guru lelaki menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, baru-baru ini.

Ayuh Guru Jom Jadi Penulis!!!


KUALA LUMPUR 2 Mei - Pendidik yang berminat untuk menghasilkan buku dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran boleh menemui Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. untuk merealisasikan impian anda. Pengarah Urusannya, Mok Sheau Bin berkata, syarikatnya bersedia menjadi platform kepada pendidik yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk diterbitkan sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin.

Isu Beg Sekolah Berat


Kajian
(Persatuan Pengguna Pulau Pinang) : Hasil kajian tempatan bertajuk Beban Beg Sekolah dan Kesannya ke atas Otot Erector Spinae dan Sakit Belakang Dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005) mendedahkan 58.3 peratus kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Monday, May 3, 2010

Ujian Aptitud UPSR Membazir?


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS ‘MOSAI’ dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 April 2010 – “HARAP Kementerian Pelajaran kaji semula hala tuju ujian Aptitud dalam UPSR. Membazir
 
KPM berterima kasih kepada pembaca terhadap pandangan yang dikemukakan berkaitan dengan Ujian Aptitud bagi pelajar UPSR.
 
Lembaga Peperiksaan ingin menegaskan bahawa pelaksanaan Ujian Aptitud yang mula diperkenalkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2009 bukanlah pembaziran. Ujian Aptitud merupakan sebahagian ujian psikometrik yang dilaksanakan untuk mengenali potensi diri murid dari sudut kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tahap minat serta kecenderungan murid.

Pembacaan Buku Ganti Kursus 7 Hari Setahun

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya kursus 7 hari setahun bagi setiap anggota KPM dalam tahun 2010 boleh digantikan dengan pembacaan buku. Sila rujuk surat KPM yang telah dihantar ke sekolah-sekolah untuk makluman dan tindakan selanjutnya (KP(PP)0022/252(8) bertarikh 22 Mac 2010. Harap Maklum.
(sumber: PPD Maran)

Mungkin 'Book Review Presentation' salah satu kaedah pelaksanaan yang sesuai. Mungkin juga penetapan setiap guru meminjam sebiji buku seminggu dapat dilaksanakan. Apapun kaedah pelaksanaannya, yang penting matlamat pembacaan buku adalah untuk menambah ilmu pengetahuan seluruh warga pendidik. Secara tidak langsung, ianya merupakan 'value-added' atau 'nilai tambah' bagi seseorang guru. 


-MEMBACA AMALAN MULIA-

Sunday, May 2, 2010

Langkasuka? Tanah Melayu? Malaysia?

Tahukah anda?


Nama MALAYSIA telah digunakan secara meluas merujuk kepada Kepulauan Melayu berdasarkan pada peta yang diterbitkan di Chicago, AS pada tahun 1914. (sumberThe New Student's Reference Work. 1914)

Ahli politik Filipina pernah menyuarakan pendapat untuk menamakan negara mereka sebagai MALAYSIA. (sumber: Sakai, Manako. Reviving Malay Connections in Southeast Asia)


Semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, nama lain yang disarankan ialah LANGKASUKA. (sumber: Suarez, Thomas. Early Mapping of Southeast Asia, pp. 46–47.)


Kepulauan Indonesia pernah dinamakan sebagai MELAYUNESIA oleh seorang Pakar Kaji Etnik Inggeris pada tahun 1850. (sumber: Earl, George S. W. (1850). "On The Leading Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA): 119)

Thursday, April 29, 2010

10 Lagi Pelajar Positif H1N1!!!

10 daripada 11 pelajar dari 2 buah sekolah bersaingan telah disahkan POSITIF H1N1 mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kem. Kesihatan Malaysia setakat jam 8.00 pagi 29 April 2010. Berikut laporan penuh kes H1N1 melibatkan sekolah:-
  1. SK Bandar Baru Seri Petaling KL - 5 POSITIF
  2. SJKC Jalan DAvidson Kl - 6 POSITIF
sumber: KKM