Makluman...blog rasmi SKUJ akan ditutup sementara waktu bagi proses housekeeping data dan menaiktaraf aplikasi blog. Untuk sebarang info dan maklumat aktiviti SKUJ, sila layari FACEBOOK SKUJ. Sekian terima kasih. Blog akan kembali aktif pada 1 Dismeber 2010.
ENTRI TERKINI
Tuesday, October 26, 2010
Saturday, August 21, 2010
Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010 SKUJ
Pada 20 Ogos 2010 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 peringkat SKUJ. Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKUJ iaitu En Jamal Noor Abd Nasir bin Ismail dan diserikan dengan kehadiran naib Yang DiPertua PIBG SKUJ iaitu En Alias bin Ahmad mewakili YDP PIBG yang tidak dapat hadir.
Majis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Sekolah dan Lagu Jalur Gemilang. Majlis turut diwatnakan dengan tayangan video Semangat Kemerdekaan yang menceritakan perjuangan tokoh-tokoh negara dalam memperjuang kemerdekaan tanah air.
Sesi Kuiz Merdeka dijalankan selesainya sesi tayangan video dan beberapa orang murid telah berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Aktitvit Mewarna Merdeka diadakan sejurus selepas berakhirnya Majlis Perasmian tersebut di mana semua pelajar Tahun 1-5 menunjukkan bakat mewarna masing-masing. Keputusan akhir senarai pemenang akan diumumkan pada Majiis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 yang dijadualkan pada 15 Ogos 2010 nanti.
Berikut antara detik-detik yang sempat dirakamkan.
1Malaysia Menjana Transformasi
Cikgu Norhashimah & Adik ALia Fatini di SK Desa Jaya
Pada 17 Ogos 2010 yang lalu, 2 orang wakil dari SKUJ telah dijemput khas bagi memeriahkan Majlis Perasmian Program Kembara Buku 2010 Peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Jaya. Mereka adalah Cikgu Norhashimah selaku Guru Perpustakaan dan Nilam SKUJ, dan Adik ALia Fatini bt Ab Aziz selaku Tokoh Nilam Daerah Maran 2010.
Jemputan memeriahkan majlis tersebut dianggap sebagai satu penghargaan buat mereka berdua khususnya dan SKUJ umumnya. Cikgu Norhashimah diberi penghormatan untuk memberikan ucapan berkaitan dengan program NILAM serta Kembara Buku dan beliau sempat melakukan Pengujian Kembara Buku dikalangan pelajar SK Desa Jaya. Manakala Adik Alia Fatini diberi penghormatan khas untuk menyampaikan Resensi Buku bertajuk Solat: Kabaikan Dari Perspektif Sains.
Tahniah untuk mereka berdua...dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat mantan Guru Besar SKUJ iaitu Cikgu Azer bin Mamat di atas penghargaan yang diberikan.
Berikut antara detik-detik bersejarah yang sempat dirakamkan.
Tuesday, August 10, 2010
Majlis Jamuan Perpisahan Mantan Guru Besar SKUJ iaitu En Azer bin Mamat telah berlangsung dengan jayanya di Jerantut Rest House malam semalam (Isnin 9 Ogos 2010). Dipaparkan di sini beberapa foto kenang-kenangan antara beliau dan seluruh warga kerja SKUJ. Kepada Cikgu Azer bin Mamat diucapkan Selamat Maju Jaya di sekolah baru.
Kepada seluruh warga SKUJ yang hadir pada Jamuan Perpisahan Cikgu Azer semalam di Jerantut Rest House, jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian anda semua memeriahkan majlis yang dirancang. Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga warga SKUJ yang turut serta hadir.
Keceriaan dalam kesedihan
Thursday, August 5, 2010
Majlis Pengiktirafan Tokoh Nilam Sekolah
Bertempat di Dewan Utama SKUJ pada hari ini telah berlangsung suatu program menghargai Tokoh Nilam 2010 Daerah Maran yang juga merangkap Tokoh Nilam Sekolah iaitu Adik Alia Fatini bt Abd Aziz. program dianjurkan adalah bertujuan untuk:-
1) menghargai kejayaan Adik Alia Fatini di atas anugerah yang dimenangi
2) menanam rasa minat di kalangan pelajar lain agar dapat mencontohi kejayaan Adik Alia Fatini
3) membudayakan minat membaca di kalangan semua pelajar
4) menitikberatkan kepentingan membaca
Majlis dimulai dengan tayangan 'multimedia' sempena pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 yang telah berlangsung pada 30 Julai 2010 yang lalu di SK Bukti Tajau Maran.
Acara kemuncak adalah 'resensi buku' yang disampaikan dengan jayanya oleh Adik Alia Fatini. Buku yang menjadi pilihan ialah 'Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains'. Secara keseluruhannya Adik Alia Fatini menyampaikan semula 'resensi buku' tersebut sepertimana yang telah beliau sampaikan pada malam pelancaran Program Kembara Buku 2010 baru-baru ini.
Akhir program adalah ucapan oleh Guru Besar SKUJ En Azer bin Mamat. Beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada Adik Alia Fatini kerana telah mengharumkan nama SKUJ di peringkat Negeri Pahang dan Daerah Maran. Beliau turut menekankan kepentingan membaca di akhir ucapannya.
Tuesday, August 3, 2010
Saturday, July 31, 2010
Majlis Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010
Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 yang telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang yang baru iaitu YBhg En. Yahya bin Zainal Abidin merangkap Pengerusi PERPUSPA.
Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 dengan tema 'BUKU WADAH ILMU' telah diadakan di SK Bukit Tajau Maran. Majlis dimulakan dengan Program Pengujian Kembara Buku yang dijalankan ke atas murid-murid SK Bukit Tajau. Majlis turut diserikan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai PPD Maran iaitu Pn Samsiah bt Suradin dan Guru Besar SK Bukit Tajau iaitu Pn Hjh Temah bt Ismail.
Acara kemuncak ialah perasmian Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 oleh Tuan Timbalan Pengarah dikuti dengan satu slot khas bertajuk 'RESENSI BUKU' yang telah disampaikan oleh Adik Alia Fatini bt Abd Aziz (pelajar Tahun 6 Arif SKUJ). Beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan RESENSI BUKU Solat Dari Perspektif Sains di atas kapasiti beliau selaku Naib Johan Tokoh Nilam Pahang 2009 Kategori SK Luar Bandar.
Acara kemuncak ialah perasmian Pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 oleh Tuan Timbalan Pengarah dikuti dengan satu slot khas bertajuk 'RESENSI BUKU' yang telah disampaikan oleh Adik Alia Fatini bt Abd Aziz (pelajar Tahun 6 Arif SKUJ). Beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan RESENSI BUKU Solat Dari Perspektif Sains di atas kapasiti beliau selaku Naib Johan Tokoh Nilam Pahang 2009 Kategori SK Luar Bandar.
Majlis pelancaran Program Kembara Buku Daerah Maran 2010 telah selamat dirasmikan. Namun sesuatu yang amat membanggakan untuk seluruh warga SKUJ ialah penghormatan yang telah diberikan kepada Adik Alia Fatini untuk menyampaikan Resensi Buku. Tidak ketinggalan En Azer bin Mamat selaku Guru Besar SKUJ yang juga turut hadir ke majlis pelancaran tersebut dan jutaan tahniah turut dirakamkan buat Cikgu Norhashimah selaku Guru Pembimbing Program Nilam Sekolah.
Antara foto yang sempat dirakam sepanjang malam pelancaran.
Antara foto yang sempat dirakam sepanjang malam pelancaran.
Timbalan Pengarah mengambil tempat
Ucapan Pegawai PPD Maran
Cikgu Azer bin Mamat (ke-3 dari kiri) Guru Besar SKUJ
Pn Hjh Temah bt Ismail (GB SK Bukti Tajau)
Sesi pengujian Kembara Buku
Thursday, July 29, 2010
Salam Takziah
Assalamualaikum.
Seluruh warga SKUJ dan PIBG ingin merakamkan 'Salam Takziah' ditujukan khas buat Cikgu Norzakiah bt Jusoh di atas kembalinya Allahyarham suami tercinta iaitu En. Mohd Noor Abidin Ismail (Anggota Bomba & Penyelamat balai Bomba Jengka).
Semoga Cikgu Norzakiah tabah dalam menghadapi segala ujian daripada Allah S.W.T.
Ikuti laporan penuh berita yang disiarkan di BERITA HARIAN dan HARIAN METRO.
SALAM TAKZIAH
UPSR: Tambahbaik Bukan Mansuh...
PUTRAJAYA: Kebanyakan peserta yang hadir dalam perbincangan meja bulat kedua mengenai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam, mahu kedua-dua peperiksaan itu dikekalkan, tetapi perlu penambahbaikan.
Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata sistem dua peperiksaan itu perlu diubah bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.
UPSR Mansuh? Mesti ada formula alternatif...
PUTRAJAYA 27 Julai - Kementerian Pelajaran digesa menyediakan satu formula alternatif jika mahu memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada masa sama, timbul pandangan supaya kedua-dua peperiksaan itu tidak dimansuhkan sebaliknya penaksiran semula dibuat agar UPSR dan PMR dijadikan asas penilaian untuk menentukan kualiti pendidikan di negara ini.
Wednesday, July 28, 2010
RMT masih diteruskan Kementerian Pelajaran Malaysia
Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa Rancangan Makanan Tambahan di sekolah akan dihentikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah merujuk kepada laman web rasmi KPM, sebenarnya berita yang disebarkan hanyalah khabar angin semata-mata.
KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada SMS pembaca dalam ruangan akhbar ini bertarikh 9 Julai lalu bertajuk ‘Memang tak patut Kementerian Pelajaran hentikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di semua sekolah. Rakyat susah harus dibantu. Mana slogan 1Malaysia. Harap KPM teruskan semula bantuan’.
Dasar Kementerian Pelajaran mengenai program RMT adalah kekal dengan peruntukan bagi RMT untuk tahun ini selama 110 hari persekolahan pertama (mulai Januari hingga Julai 2010) sebanyak RM138 juta sudah diagihkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi Sabah dan Sarawak pada 7 Januari lalu.
Langkah ini dibuat bagi pemantauan kepada pelajar yang layak saja.
Baki peruntukan kedua RMT sebanyak RM99 juta diberikan kepada semua JPN di Semenanjung dan PPD di Sabah dan Sarawak pada 8 Julai lalu.
Peruntukan tambahan RMT ini diberikan berdasarkan maklumat keperluan peruntukan yang diberikan oleh semua JPN bagi menampung keperluan RMT untuk 80 hari persekolahan seterusnya. Dakwaan yang mengatakan RMT diberhentikan adalah tidak benar.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran Berita: Bekas Guru Kurung 71 Orang Amah
KANGAR: Bekas guru yang juga pemilik kediaman di Taman Perlis, di sini yang diserbu pihak berkuasa selepas didakwa menjadi tempat 71 amah warga asing dikurung, dikatakan kebal daripada sebarang tindakan termasuk oleh pihak berkuasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)